Monday, 23 September 2019

6.3 Menilai Maklumat -Nazwa

Masa : 00:34 | Comments : 0
Terdapat dua perkara penting untuk menilai maklumat iaitu menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai maklumat dalam penulisan.Penilaian maklumat dalam penulisan dibuat setelah maklumat dianalisis dan ditafsirkan serta kesimpulan berdasarkan analisis yang dilakukan. Menilai maklumat adalah pandangan dan idea penulis terhadap kesimpulan yang diperoleh berdasarkan pembacaan lepas berkaitan isu yang dibincangkan. Penilaian dibuat berdasarkan kriteria – kriteria berikut:

   l Autoriti – kesahan dan kebolehpercayaan maklumat yang diperoleh.
Ketepatan – maklumat yang tepat dapat memberikan maklumat yang berguna dan manfaat kepada pembaca.
Saksama (Impartially)- bersifat adil, neutral dan tidak berat sebelah, ia memenuhi objektif pembaca.
Nilai semasa (currency)- maklumat yang terkini.

Lengkap dan jelas( coverage)- memberikan gambaran yang jelas dan lengkap tentang sesebuah isu.

No comments:

Post a Comment

Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis.