Monday, 23 September 2019

6.1 Menganalisis Maklumat yang Dikumpul & 6.2 Mentafsir dan Membuat Kesimpulan- Nasreen

Masa : 00:35 | Comments : 0
Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis

Pengumpulan maklumat tidak lagi menjadi masalah pada zaman ini kerana maklumat boleh diperoleh dengan pantas menggunakan proses analisis data penyelidikan yang boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat menggunakan prisian yang sesuai. Oleh itu, proses untuk mendapatkan maklumat bukanlah menjadi masalah utama tetapi kemahiran memproses maklumat merupakan peringkat yang sangat penting agar setiap penulisan yang dihasilkan menggunakan maklumat yang jelas serta sahih isi kandungannya.
Pemprosesan maklumat ialah perubahan maklumat dalam  apa-apa cara yang dapat dikesan oleh pemerhati. Hal ini melibatkan keupayaan untuk mencari, menilai, menyusun, menggunakan dan menyampaikan maklumat dalam pelbagai format, terutamanya dalam situasi membuat kepuusan, menyelesaikan masalah atau memperoleh pengetahuan. Maklamat keperluan ini adalah untuk menjadi penyelidik yang lebih professional, arif, yakin dan meletakkan asas pembelajaran sepanjang hayat.



6.1 Menganalisis maklumat yang dikumpul

Proses menganalisi maklumat yang dikumpulkan adalah bertujuan mencadangkan kesimpulan dan membandingkan fakta. Maklumat yang dikumpulkan akan dianalisis untuk menghubung kait fakta, mensintesiskan maklumat, membaca maklumat tersirat serta membuat kesimpulan. Proses tersebut dapat meningkatkan pemahaman seseorang terutamanya  semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Penganalisian maklumat melibatkan pemeriksaan dengan cara yang mendedahkan hubungan, corak, trend dan lain-lain yang dapat dijumpai dalam sesuatu kamlumat. Pross ini tertakluk kepada operasi statistic yang dapat mejelaskan jenis hubungan yang wujud antara pemboleh ubah dengan tahap kebolehpercayaan maklumat yang diperoleh. Tujuannya adalah untuk mendapatkan penilaian yang tepat supaya suatu penulisan dapat difahami dengan lebih baik dan dilihat keberkesanannya terhadap pemahaman orang lain.
Bentuk dan maklumat yang perlu dianalisis ialah maklumat berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Maklumat kuantitatif berbentuk nombor manakala maklumat kualitatif berbentuk teks, lakaran, rajah, foto dan sebagainya.

Analisis berbentuk kuantitatif :

Data bernombor boleh dianalisis dengan kaedah seperti jadual, graf, frekuensi dan peritus.
Tujuannya supaya data-data berkenaan dapat diterangkan dengan jelas.
Data yang banyak dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SSPS)
SSPS adalah software yang digunakan untuk menjalankan analisis statistic yang tinggi seperti skor min, regrasi, kolerasi.

Contoh Maklumat dalam bentuk data bernombor :

i) JADUAL


ii) Graf Garis

iii) Graf bar atau Histogram



iv) Carta pai







v) Piktograf




6.2 Mentafsir dan membuat kesimpulan

Mentafsir maklumat

Mentafsir maklumat bermaksud memberi penerangan atau mengulas tentang sesuatu bahan. Pentafsiran maklumat memerlukan kebolehan dalam memberikan penjelasan tenhadap sesuatu onjek, fenomena atau pola. Penjelasan tersebut mestilah rasional dan dibuat berdasarkan maklumat yang dikumpulkan. Analisis maklumat bagi data kuantitatif dan kualitatif hanya boleh membantu pelajar untuk merumuskan serta mengenal pasti penemuan utama dan proses mentafsir keputusan masih perku dilakukan untuk membuat kesimpulan. Selain itu, tujuan mentafsirkan maklumat adalah untuk mengesan pola atau corak yang terdapat berdasarkan maklumat yang diperoleh, menyeatakan hubungan antara maklumat yang dikumpulkan, membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang dikumpulkan dan mencari maksud tersurat dan tersirat di sebalik maklumat.
Ciri-ciri pentafsiran maklumat ialah bersifat holistik, berasaskan elemen dan merujuk kriteria, panca instrument, berpusatkan bahan dan tugasan, pelbagai bentuk, dalam talian dan juga berterusan. Seterusnya, antara cara mentafsir maklumat pula ialah apabila membaca bahan-bahan yang mengandungi gambar, graf, jadual atau rajah, pelajar perlu memberikan perhatian kepada semua malumat yang disediakan. Tumpuan iitu membolehkan mereka membuat tafsiran terhadap persembahan visual menerusi jadual dan graf.
Membuat Kesimpulan

Kesimpulan dibuat setelah selesai menganalisis maklumat dengan melakukan penaakulan induktif, iaitu dengan melihat fakta dan kemudia membuat kesimpulan daripada fakta tersebut. Tafsiran ialah kesimpulan dari sudut pandangan tertentu. Kesimpulan adalah gagasan yang dicapai pada penghujung perbincangan. Kesimpulan yang dibuat ke atas data dan teks didapati bahawa kesimpulan yang dibuat ke atas data lebih mudah hasil analisis data biasanya lebih tepat kerana mengikut kehe dak dan keperluan pentafsir serta dipengaruhi nilai dan kefahamannya.

6.3 Menilai Maklumat -Nazwa

Masa : 00:34 | Comments : 0
Terdapat dua perkara penting untuk menilai maklumat iaitu menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai maklumat dalam penulisan.Penilaian maklumat dalam penulisan dibuat setelah maklumat dianalisis dan ditafsirkan serta kesimpulan berdasarkan analisis yang dilakukan. Menilai maklumat adalah pandangan dan idea penulis terhadap kesimpulan yang diperoleh berdasarkan pembacaan lepas berkaitan isu yang dibincangkan. Penilaian dibuat berdasarkan kriteria – kriteria berikut:

   l Autoriti – kesahan dan kebolehpercayaan maklumat yang diperoleh.
Ketepatan – maklumat yang tepat dapat memberikan maklumat yang berguna dan manfaat kepada pembaca.
Saksama (Impartially)- bersifat adil, neutral dan tidak berat sebelah, ia memenuhi objektif pembaca.
Nilai semasa (currency)- maklumat yang terkini.

Lengkap dan jelas( coverage)- memberikan gambaran yang jelas dan lengkap tentang sesebuah isu.

6.4 Mensintesis Maklumat Untuk Menghasilkan Bahan Bertulis- Najwa Syahirah

Masa : 00:33 | Comments : 0
6.4 Mensintesis Maklumat Untuk Menghasilkan Bahan Bertulis
Peringkat sintesis adalah peringkat untuk menjadikan data dalam bentuk baru dan bersepadu melalui kemahiran mengolah dan mencadangkan satu pembaharuan atau kefahaman baru. Perkataan yang biasa digunakan dalam peringkat sintesis ini ialah rumusan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan, dan sebagainya. Sintesis adalah menggabungkan idea, mengubahkan semula idea dan menyatukan idea. Mensintesis merupakan aktiviti yang sukar dilakukan kerana ia memerlukan pembaca mempunyai aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran kritis aras tinggi.
Peringkat ini bertujuan untuk menjadikan data dalam bentuk baru dan bersepadu melalui kaedah mengolah dan mencadangkan satu pembaharuan baru dan memudahkan pemahaman daripada pelbagai sumber maklumat
     Proses sintesis yang dijalankan dengan baik dan sempurna akan menjadikan maklumat lebih bermakna agar mudah difahami oleh pembaca. Laporan bertulis digunakan untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa yang berlaku. Dalam menulis laporan, penulis hendaklah mengetahui segala butir tentang hal ataupun peristiwa, isu atau tajuk yang hendak dilaporkan. Butiran yang perlu dimasukkan adalah butiran-butiran persoalan seperti apa, siapa, bila, di mana, dan mengapa.
     Menurut Ellins dan Hopkin (1985), mereka telah mendefinisikan laporan sebagai dokumen untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca yang khusus. Menurut nuraini (1991:69) pula, laporan juga boleh dikategori berdasarkan tujuan penulisan yang dikenal pasti sebagai makluman, pemujukan, penerangan dan sejarah.
         Modul Latihan Guru Bestari (2000) menyatakan bahawa sesuatu laporan yang dibuat adalah untuk memberikan maklumat dan fakta mengenai sesuatu perkara. Laporan dapat membantu pembaca untuk mengenal pasti masalah dan mencadangkan penyelesaian bagi sesuatu isu yang dibincangkan. Laporan juga boleh didefinisikan secara mudah sebagai sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat (presentation of information). Laporan boleh dibuat sebagai satu komunikasi bertulis atau tidak bertulis bagi menyampaikan sesuatu maksud kepada pihak yang disarankan.
           

Selain itu, laporan juga dijadikan sebagai satu dokumen yang memberi maklumat, melaporkan penemuan, mengemukakan idea, dan kadangkala membuat cadangan atau syor mengenai sesuatu perkara untuk pembaca tertentu bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan lebih jelas lagi. Tambahan pula, pelapor hendaklah mencadangkan beberapa tindakan yang perlu dilakukan dan membuat kesimpulan terhadap tajuk yang diketengahkan. Bagi mendapatkan laporan yang tepat, terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan. Antaranya ialah:
 (a) Tujuan Laporan
          Sesiapa sahaja boleh membuat laporan tetapi apa yang penting untuk pelaporan ketahui adalah tujuan laporan itu disediakan. Berikut adalah tujuan sesuatu laporan ditulis:
1. Mengenal pasti masalah
2. Memberikan maklumat dan fakta
3. Mencadangkan penyelesaian
4. Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan
5. Membuat kesimpulan
6. Menilai sesuatu penyelidikan atau aktiviti
7. Membuat rekod sesuatu peristiwa
8. Menganalisa aktiviti perniagaan
9. Mensintesis sesuatu pelan tindakan
10. Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur, tindakan, dan lain-lain
(b) Kualiti Laporan
        Laporan yang berkualiti juga akan lebih meyakinkan pembaca untuk menerima keputusan atau cadangan yang pelapor akan berikan pada akhir laporan tersebut. Kualiti sesuatu laporan dapat dilihat melalui prinsip 5C+1P, iaitu:
1. Betul / Tepat (Correct / Accurate)
2. Padat (Concise)
3. Lengkap (Complete / Comprehensive)
4. Jelas (Clear)
5. Urutan
(c) Kategori Laporan
       Secara umumnya terdapat dua kategori laporan yang perlu pelapor ketahui. Kategori tersebut adalah seperti berikut:
1. Bentuk borang (Form Report)
2. Bentuk terbuka / panjang (Extended Report)
6.4.1 Penyediaan Laporan Bertulis
        Terdapat beberapa cara untuk menyediakan laporan bertulis dan cara berkenaan bergantung kepada tajuk yang dibincangkan dan kebolehan penulis untuk menyiapkan laporan berkenaan. Antara cara penyediaan laporan :-
1. Memilih topik sekiranya tidak diberikan
2. Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
3. Meneliti dan memilih maklumat yang releven dengan topik
4. Membuat nota
5. Menyediakan kerangka laporan
6. Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik
7. Melengkapkan laporan dengan jadual, graf dan bahan grafik
8. lain yang sesuai
9. Menyemak draf
10. Membuat pemurnian dan menulis draf kedua
11. Menerbitkan laporan
6.4.2 Panduan Menulis Laporan
       Demi memperdalami pengetahuan dan kemahiran menulis laporan penyelidikan, kajian cara dan gaya penulisan laporan telah dibuat. Berikut adalah secara umum panduan untuk penulisan laporan:
1. Tajuk kajian, nama penyelidik dan tarikh laporan diselesaikan
2. Penghargaan
3. Abstrak
4. Halaman kandungan
5. Latar belakang kajian
6. Penyataan masalah/ isu keprihatinan / fokus kajian
7. Objektif kajian/ tujuan kajian
8. Metadologi kajian
9. Perancangan
10. Pelaksanaan perancangan
11. Dapatan kajian
12. Refleksi
13. Kesimpulan dan cadangan
14. Rujukan
15. Lampiran

Author 3

Masa : 00:31 | Comments : 0
Nama: Najwa Syahirah binti Mat Said Ismail
Nama Panggilan : Syahirah
Asal: Temerloh, Pahang
Bil. Adik Beradik: 3
Anak ke- : 2
Makanan Kegemaran: Char Kuetiau


Author 2

Masa : 00:27 | Comments : 0
BIODATA

Nama : Nurul Aini Nazwa binti Saedun
Nama Panggilan: Nazwa
Asal: Bentong, Pahang
Bil. Adik Beradik: 4
Anak ke-: 3
Makanan Kegemaran : Nasi Lemak

Author 1

Masa : 00:16 | Comments : 0
BIODATA



Nama: Wan Nasreen binti Wan Mohd Suriadi
Nama Panggilan : Nasreen
Asal : Kelantan 
Bil. Adik Beradik : 3
Anak ke- : 2
Makanan Kegemaran : Nasi Goreng



Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis.